Malaysia pada hari ini dikenali negara islam moden tetapi mana ciri islamnya? Sedarkah pemimpin negara bahawa Malaysia pada hari ini yang kononnya cemerlang sedang dihanyut arus budaya barat yang melampau? Ramai yang tidak mengambil kisah dalam aspek pemakaian tudung yang amat dititikberat dalam Islam. Wahai wanita sekalian, apakah yang menunjukkan bahawa anda seorang wanita islam di khalayak ramai? Pastinya penampilan anda yang bertudung menjadi jawapan kepada persoalan ini. Tetapi kenapa masih ada jutaan wanita yang tidak kisah dengan aspek pemakaian tudung ini? Begitu sedih sekali mengenangkan nasib Islam yang sedang tenggelam disebabkan sikap umatnya sendiri. Ramai wanita yang berpendapat bahawa bertudung itu selekeh tapi sedarkah anda bahawa bertudung itu adalah salah satu perintah Allah? Jikalau ada yang mengatakan orang yang mementingkan aspek aurat ini seorang individu yang kolot, tidak berfikiran terbuka, orang itu itu yang harus sedar bahawa dialah yang berfikiran kolot dan cetek kerana dia mengabaikan dan mempertikaikan perintah Allah. Allah itu Maha Mengetahui manakala kita manusia ini hanya manusia yang lemah yang sentiasa mengharapkan pertolongan-Nya. Tidak malukah kita ini yang memohon kepada Allah di saat kita memerlukan pertolongan dan kejayaan sedangkan kita tidak mengikut perintah-Nya?!
Wanita sekalian yang masih tidak bertudung, sedarlah bahawa kita manusia lemah. Pakailah tudung walau apapun keadaan yang kita sedang alami. Janganlah kita mengikut budaya orang lain sebaliknya berbanggalah dengan agama kita yang mementingkan dan menjaga kebajikan kita. Wanita begitu istimewa dari segala aspek. Tapi malangnya ramai wanita yang membuang keistimewaan itu hanya kerana duniawi. Ingatlah, Allah Maha Pengampun. Hal ini bermaksud Dia akan ampunkan dosa makhluk-Nya yang bertaubat. Setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan dosa kerana kita bukanlah bersifat maksum. Masih ada masa untuk perbetulkan diri kita ini kerana Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Malaysia dikatakan negara Islam tetapi mana buktinya sedangkan pada hari ini, wanita di Malaysia lebih teruk daripada wanita barat. Jadi, inikah yang dimaksudkan negara Islam? Tolonglah, saya merayu kepada seluruh wanita agar tutuplah aurat dan jadikanlah aurat tubuh badan itu sebagai harta anda yang mempunyai nilai. Elakkan harga diri anda daripada terkorban! Demi Allah, demi agama, demi maruah diri, demi imej negara, tolonglah, jagalah penampilan anda kerana Islam di Malaysia makin parah dari hari ke hari. Wanita, anda mempunyai kuasa yang besar dan juga peranan yang besar dalam Islam. Oleh itu, gunalah kelebihan anda untuk membantu Islam mencapai zaman kegemilangannya semula.


This comment has been removed by the author.
ReplyDelete